Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zoo haiwan di ambang kebuluran kerana virus

    BANDUNG, INDONESIA, 30 APRIL – Ribuan haiwan termasuk harimau Sumatera dan orang utan Borneo yang terancam berdepan kebuluran di zoo Indonesia ketika pandemik global mencetuskan penutupan kemudahan-kemudahan ke arah kemusnahan, kata para pegawai.

    Kira-kira 60 taman haiwan yang kekurangan perbelanjaan – menempatkan hampir 70,000 haiwan – di seluruh kepulauan Asia Tenggara telah ditutup sejak pertengahan Mei dan kebanyakannya mengatakan hanya cukup-cukup makan hingga pertengahan Mei.

    “Kebanyakan zoo bergantung pada penjualan tiket oleh itu apabila ia ditutup segala-galanya musnah,” kata jurucakap Persatuan Zoo Indonesia, Sulhan Syafi’i.

    “Kami terpaksa bergantung pada kreativiti untuk menampung hidup,” tambahnya.

    Bulan ini, pengarah zoo Jerman memberi amaran haiwan-haiwan mungkin terpaksa dikorbankan untuk memberi makan haiwan lain, dan persatuan zoo Indonesia menyedari ‘senario kes terburuk’ yang sama.

    “Dalam beberapa bulan akan datang kami tidak mendapat sebarang bantuan daripada kerajaan atau organisasi antarabangsa, jadi kami dengan berat hati terpaksa memberi makan haiwan herbivor….kepada karnivor,” kata Syafi’i. – AFP

    Gambar yang diambil pada 29 April menunjukkan seekor beruang dalam kurungannya di zoo di Bandung, Jawa Barat. Para pegawai Indonesia berkata bahawa kira-kira 60 buah zoo mengalami kekurangan makanan ketika zoo ditutup daripada kunjungan orang ramai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda