MEXICO, 30 DIS – Zoo Chapultepec di Mexico City meraikan anak zirafah kedua tahun ini, yang sudah mencecah ketinggian setinggi manusia dewasa.
Zirafah betina itu telah diperkenalkan minggu lepas selepas tempoh kuarantin mandatori berikutan kelahirannya pada 23 Oktober lalu. Dia akan dinamakan melalui undian umum untuk mewujudkan empati, kata pengarah zoo, Juan Carlos Sanchez Olmos.
Zoo berusia 96 tahun sebagai taman pusat di ibu negara itu mempunyai cara unik untuk pembiakan binatang. Tahun ini ia menerima kelahiran 170 binatang termasuk enam ekor serigala kelabu Mexico, yang berdepan dengan ancaman kepupusan.
“Satu kelahiran zirafah yang mempunyai sifat unik, berkarisma telah menjadi lambang tradisi untuk pemulihan zoo berprestij itu,” kata Sabchez Olmos tatkala empat ekor zirafah yang dewasa sedang mengunyah ranting-ranting dan daun-daun di belakangnya.
Zirafah dianggap ‘terancam’ kerana spesies ini menghadapi kehilangan habitat yang ketara di 17 buah negara di Sub-Sahara Afrika, tempat tinggal asal mereka. – AP
