Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zoo Tokyo umum nama anak panda

    TOKYO, 8 OKT – Panda kembar yang dilahirkan di Zoo Ueno, Tokyo pada Jun kini telah diberikan nama hari ini – Lei Lei anak panda betina dan Xiao Xiao bagi anak panda jantan. Kedua-dua nama tersebut dipilih setelah menerima ratusan ribu cadangan yang dihantar oleh peminat dari seluruh Jepun.

    Anak panda kembar, yang dilahirkan pada 23 Jun lalu, kini sudah membesar dan mempunyai tompokan hitam dan putih yang unik, dan bulu hitam di sekeliling mata, telinga dan lengan. Gabenor Tokyo, Yuriko Koike mengumumkan nama kedua-dua panda tersebut semasa sidang berita mingguan. Dia berkata Xiao Xiao bermaksud ‘cahaya subuh semakin terang’ dan Lei Lei menggambarkan tunas bunga yang kembang menjadi bunga cantik dan membentuk masa depan yang cerah.

    “Bersama, Xiao Xiao dan Lei Lei mampu menerangi waktu awal pagi untuk memimpin masa depan. Saya merasakan nama-nama panda tersebut mempunyai imej yang sangat jelas,” katanya.

    Seperti di seluruh dunia, panda sangat terkenal di Jepun. Sebelum menentukan nama, pegawai Tokyo telah membentuk sebuah jawatan kuasa untuk memilih nama. – AP

    Gambar yang dikongsikan oleh zoo Tokyo menunjukkan anak panda Xiao Xiao dan Lei Lei bermain. Anak panda tersebut diberikan nama setelah menerima lebih 190,000 pencalonan nama dari seluruh Jepun. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda