LOS ANGELES, 9 JUN – Kehadiran Mark Zuckerberg menerajui induk Facebook Meta selama bertahun-tahun lamanya adalah wajar, menurut pengarah hal ehwal globalnya memberitahu AFP kelmarin.
Isu penggantian di syarikat itu telah menjadi tajuk utama dalam beberapa minggu kebelakangan ini dengan pengumuman pemergian Sheryl Sandberg selepas 14 tahun sebagai orang nombor dua dalam firma tersebut.
Sementara pengasas-pengasas syarikat seperti Amazon, Twitter dan Google semuanya telah berundur diri, Zuckerberg sebaliknya tidak menunjukkan sebarang tanda bagi melepaskan jawatannya meskipun menerima kritikan yang memuncak berhubung skandal privasi dan penyebaran maklumat salah yang berleluasa di seluruh Facebook. – AFP