Sunday, November 24, 2024
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zul Ariffin berseloroh doa mahu 4 isteri

    Gelagat pelakon Zul Ariffin ketika berdoa dikurniakan jodoh semasa mengerjakan ibadah umrah di Makkah mencuri perhatian ramai.

    Mana tidaknya semasa berdoa, Zul, 37, dengan jelas meminta agar dipertemukan jodoh bersama empat orang wanita.

    Allahumma Zawwijni Arba’a (Ya Allah kurniakanlah daku empat orang isteri),” ujarnya.

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Zul dilihat sedang fokus membaca doa namun ketika tersedar dirinya dirakam dia segera mengubah bacaannya.

    Dia juga sempat menjelaskan bahawa dia hanya mahu seorang isteri sebagai peneman hidupnya.

    Katanya keadaan cuaca di Jabal Rahmah juga membuatkan dia tersilap membaca doa.

    Allahumma Zawwijni seorang sahaja (jodoh).

    “Kadang-kadang apabila berdoa ini pun kita boleh tersasul, mungkin sebab cuaca.

    “Jom kita doa banyak-banyak tak kira di mana sekali pun,” katanya lagi.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berharap Zul tidak bermain-main dengan doa yang diminta.

    Malah mereka juga berharap Zul mendapatkan seorang pasangan terlebih dahulu sebelum meminta lebih.

    “Tamak abang Zul ini! cari seorang dulu bang.

    “Patutlah single sampai sekarang, tak ada yang rela berkongsi.

    “Tersasul sampai tiga kali itu bang, takut tertunai nanti,” antara komen warganet. – Agensi

    Caption: Zul tersipu ketika gelagatnya dirakam. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda