Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zul ariffin dedah pindah ke Mekah

    Pelakon Zul Ariffin mendedahkan dia bakal berhijrah dan menetap di Mekah hujung tahun ini bagi memulakan perniagaan di sana.

    Menurut Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 36, perniagaan tersebut telah lama dirancang dan sekarang adalah masa terbaik untuk dia meneruskan impiannya itu.

    “Sekarang ini dalam proses untuk pindah. Saya akan ke sana bermula Januari untuk urusan perniagaan. Memang menetap di sana, tapi pastinya akan akan sering kembali ke Malaysia.

    “Sebenarnya sudah lama rancang perniagaan ini dan akhirnya ia terjadi. Justeru itu ia memerlukan saya untuk tinggal di sana. Bukan hanya di Mekah, saya juga akan travel ke banyak negara selepas ini,” katanya kepada media.

    Zul ditemui ketika sidang media pelancaran filem terbaharu lakonannya berjudul Talbis Iblis yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini. Meskipun memulakan kehidupan baharu di negara orang, Zul berkata itu tidak bermakna dia akan memperlahankan kerjaya seni di Malaysia. Mengakui teruja untuk menjalani satu fasa baharu dalam kerjaya, Zul berkata dia sudah bersedia dengan segala cabaran sebagai seorang anak seni bergelar ahli perniagaan.

    Menurut Zul perniagaan tersebut telah lama dirancang dan sekarang adalah masa terbaik untuk dia meneruskan impiannya itu. – Agensi

    “Saya kenalah imbangkan antara kerja di sana dan kerjaya seni di Malaysia. Saya tidak akan perlahankan kerjaya sebagai pelakon. Malah sudah ada banyak perancangan yang telah dibuat bersama pihak pengurusan.

    “Sekarang ini industri seni semakin rancak selepas tempoh pandemik. Sambutan terhadap filem di pawagam, juga semakin bertambah baik. Rugilah kalau saya perlahan kerjaya seni.

    “Saya amat teruja walau tahu akan jadi penat. Bagi saya ia adalah sesuatu yang bagus kerana masih lagi produktif walaupun penat,” jelasnya.

    Sementara itu bercakap tentang filem Talbis Iblis, Zul memberitahu watak yang ditawarkan pada awalnya hanya sampingan, namun dikembangkan menjadi sebuah karakter yang boleh memberi impak kepada keseluruhan jalan cerita.

    Melihat kepada tenaga produksi yang hebat, Zul menawarkan diri untuk berlakon dalam filem arahan Khabir Bhatia kali ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda