Thursday, February 20, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zulin Aziz enggan buka kisah cerai

    Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz tidak akan membuka mulut mengenai punca perpisahannya dengan suami, Farhan Norzaini kepada umum.

    Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, 34, berkata, dia lebih selesa menyimpan segala kemelut rumah tangganya dan cukup hanya dia dan Farhan mengetahui apa sebenarnya berlaku dalam perkahwinannya.

    Susulan itu, Zulin juga berharap orang ramai dapat menghormati privasi mereka berdua buat masa ini dan menganggap apa yang berlaku sebagai dugaan.

    “Saya mohon maaf jika tak dapat memberi apa-apa penjelasan. Cukup itu sahaja. Biarlah hanya kami yang tahu dan biar sampai bila-bila hanya kami yang tahu.

    “Mungkin ini ujian buat kami. Harap semua dapat menghormati permintaan saya,” katanya.

    Zulin mohon diberi ruang dan tidak mahu memberi komen tentang perpisahannya dengan suami. – Agensi

    Zulin menulis perkara tersebut menerusi satu hantaran di Instastory miliknya baru-baru ini.

    Dalam pada itu, Zulin menepis dakwaan kononnya dia sengaja menjual cerita rumah tangga demi meraih perhatian atau bertujuan mempromosikan produk.

    Dalam pada itu, Zulin memberitahu ketika ini dia bersama keluarga dan masih dalam proses memulihkan diri.

    Baru-baru ini, Zulin membuat kejutan apabila memaklumkan dia dan Farhan memilih jalan berpisah selepas setahun mendirikan rumah tangga disebabkan tiada lagi persefahaman di antara mereka.

    Untuk rekod Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2022. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda