Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Zulin berang ditanya soal anak

    Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz, 33, meluahkan rasa berang terhadap segelintir pihak yang tidak berlapik terutamanya dalam bertanya soalan sensitif.

    Pemilik nama Farah Azleenda Abdul Aziz itu mendedahkan dia mengalami keguguran pada bulan lalu menerusi sesi siaran langsung di TikTok.

    Dalam video tersebut, Zulin bengang terhadap warganet yang bertanya mengenai soal anak.

    “Saya baru lepas gugur, orang tanya bila nak ada anak. Tak ke rasa macam nak penampar orang tu? Sabarlah. Saya baru gugur bulan lepas,” katanya sebak.

    Sementara itu, Zulin sempat memberi pesanan kepada penonton sesi siaran langsung terbabit untuk mempunyai rasa empati sebelum bertanya soalan yang akan mengguris hati orang lain.

    “Jadi kalau nak tanya soalan walaupun kita tak tahu, tolong elak dari tanya soalan sensitif.

    “Ramai yang tak ada common sense kalau tanya soalan,” luahnya.

    Dalam pada itu, Zulin turut mengalami pengalaman yang sama ketika disoal mengenai jodoh.

    “Samalah dulu masa saya bujang pun orang tanya bila nak kahwin, saya jawab nanti saya kahwin dengan suami dia, baru tahu. Ketika itu, terdiam terus, geram saya,” ujarnya.

    Zulin mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Farhan Norzaini, 35, pada 20 Februari lalu. – Agensi

    Zulin Aziz meluahkan rasa berang terhadap segelintir pihak yang tidak berlapik terutamanya dalam bertanya soalan sensitif. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...