Sunday, April 13, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zuma enggan jalani hukuman penjara

    NKANDLA, AFRIKA SELATAN, 5 JULAI – Bekas Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma, diperintah menyerah diri bagi memulakan hukuman penjara 15 bulan kerana menghina mahkamah.

    Ia susulan kenyataan beliau yang menegaskan tidak akan akur dengan tarikh ditetapkan mahkamah untuk berbuat demikian.

    “Saya tidak perlu ke penjara hari ini. Menghantar saya ke penjara ketika pandemik, pada usia saya, adalah sama seperti menjatuhkan hukuman mati terhadap saya,” katanya kepada wartawan di hadapan ratusan penyokongnya di Kwa-Zulu Natal, di sini.

    Terdahulu, Zuma, 79, mendakwa hak asasi manusianya diserang oleh hakim mahkamah perlembagaan.

    Beliau dan pasukan guamannya menghantar dokumen untuk membuat rayuan berhubung hukumannya yang disifatkan terkhilaf, dalam usaha mengurang atau membatalkannya.

    Zuma dijatuhi hukuman penjara kerana menghina mahkamah selepas beliau berulang kali enggan bertemu dengan pasukan penyiasat berkaitan rasuah untuk memberi bukti.

    Selepas menjatuhkan hukuman kepada Zuma, mahkamah Afrika Selatan itu bersetuju untuk mendengar rayuannya bagi membatalkannya, yang akan dibicarakan pada 12 Julai depan. – AFP

    Bekas presiden JacobZuma bercakap kepada media di kediamannya di Nkandla, KwaZulu-Natal pada 4 Julai 2021. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda