KUALA LUMPUR, 15 Dis – Zurich Takaful Malaysia Bhd hari ini melancarkan pelan takaful terbaharunya, Executive20 yang merangkumi perlindungan takaful serta manfaat pembayaran tunai secara tahunan.
Pelan yang memberi perlindungan kepada pelanggan sehingga usia 90 tahun dengan mereka berusia 30 hari dan 65 tahun juga layak menyertainya.
“Kira-kira 50 peratus isi rumah di bandar Malaysia tidak mempunyai sebarang bentuk simpanan kewangan. Sehubungan itu, kami mewujudkan Executive20 sebagai pelan ideal untuk membantu mereka yang mahu menambah simpanan sambil memperoleh perlindungan secukupnya bagi sebarang kejadian tidak diingini,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Salim Majid Zain dalam satu kenyataan hari ini. – Benama