ACAPULCO, Mexico, 27 Feb – Rafael Nadal mara ke pusingan kedua Terbuka Mexico hari ini, menewaskan Mischa Zverev dari Jerman dengan kemenangan straight set untuk bertemu Nick Kyrgios dari Australia.
Nadal pemain nombor dua dunia, beraksi dalam pertandingan pertamanya sejak disingkirkan oleh Novak Djokovic dalam perlawanan akhir Terbuka Australia bulan lalu, mengawal permainan dalam mencatatkan kemenangan 6-3, 6-3.
Juara Grand Slam sebanyak 17 kali itu melengkapkan kemenangan dalam masa 1 jam 20 minit di Princess Mundo Imperial, Acapulco, menewaskan pesaingnya nombor 76 dengan mudah.
Pemain pilihan utama itu merampas kelebihan pada set pembukaan, mencatatkan break untuk mendahului 3-1 dengan pukulan tinggi yang menewaskan Zverev.
Dengan penguasaan Nadal membuktikan terlalu sukar bagi Zverev, pemain dari Sepanyol itu dengan pantas memenangi set pembukaan. – AFP
