PERTH, AUSTRALIA, 27 DIS – Alexander Zverev memulakan musim 2025 pada minggu ini dengan menyasarkan matlamat menjadi pemain nombor satu dunia, tetapi hari ini mengatakan bahawa kekal cergas dan sihat juga sama penting.
Ketika ini berada di ranking nombor dua, dia akan memulakan kempennya Ahad ini apabila pemenang Piala United iaitu Jerman bakal bertemu Brazil dalam pertemuan peringkat kumpulan dalam kejohanan campuran sebelum Terbuka Australia bulan hadapan.
Zverev mengejar pemain nombor satu dunia dari Itali, Jannik Sinner dengan lebih 3,000 mata ranking, tetapi dia mempunyai keyakinan tinggi selepas memenangi gelaran Masters 1000 di Rom dan Paris baru-baru ini.
Pemain berusia 27 tahun itu menggelar keputusannya ‘memuaskan’ dan menambah bahawa dia masih belum berpuas hati dan ingin memenangi lebih banyak kemenangan dan mencapai impian.- AFP