Friday, December 6, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zverev juara Paris Masters

    PARIS, 4 NOV – Alexander Zverev dari Jerman memenangi Kejohanan Paris Masters kelmarin dengan menewaskan pemain harapan tuan rumah, Ugo Humbert, 6-2, 6-2 dalam persembahan dominan oleh pemain nombor dua dunia baharu itu.

    Zverev, 27, kini mempunyai tujuh gelaran peringkat ATP 1000 sepanjang kariernya, berikutan dua kemenangan di Rom dan Madrid, serta kemenangan di Montreal dan Cincinnati.

    Kembali ke Paris adalah saat yang menggembirakan bagi Zverev, selepas dia tewas dalam final Terbuka Perancis dalam lima set kepada Carlos Alcaraz pada Jun. Empat tahun lalu, dia tewas dalam perlawanan kejohanan Paris Masters 2020 kepada Daniil Medvedev.

    “Saya tahu saya perlu bermain seperti ini untuk menang hari ini,” kata Zverev, yang membuka ucapan kemenangannya dengan memohon maaf kepada orang ramai di Bercy Arena di Paris.

    “Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Ugo atas minggu yang luar biasa, (dia adalah) pemain yang luar biasa. Jika awda terus mencatat prestasi begini, awda akan dapat menjulang trofi seperti ini. Ini bukan peluang terakhir awda, Ugo.”

    Kemenangan Zverev pada separuh akhir Sabtu bermakna pemain nombor tiga dunia sekarang akan mengatasi Alcaraz dari Sepanyol dalam ranking baharu yang akan dikemas kini.

    Pemain Jerman itu seterusnya akan beraksi di Pusingan Akhir ATP di Turin dari 10 hingga 17 November, di mana dia akan berusaha untuk mengulangi kejayaannya pada 2018 dan 2021 di acara penutup musim ini.

    Zverev akan menyertai acara itu sebagai pemain dengan kemenangan terbanyak tahun ini kerana kemenangan di ibu kota Perancis kelmarin itu adalah yang ke-66 pada 2024, satu kemenangan di hadapan pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner. – AFP

    Aksi Zverev semasa perlawanan akhir kejohanan tenis Paris Masters di Arena Accor di Paris pada 3 November. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda