Thursday, February 6, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zverev mara ke suku akhir di Hamburg

    HAMBURG, 19 JULAI – Penyokong di Hamburg bersorak ketika juara bertahan Alexander Zverev mara ke suku akhir kelmarin dengan kemenangan 4-6, 6-2, 7-5 ke atas pemain Perancis, Hugo Gaston.

    Zverev yang berharap untuk pulih daripada kecederaan lutut yang dialaminya di Wimbledon masih mampu menguasai gelanggang ketika Gaston melakukan rentetan pukulan.

    Gaston mengambil set pertama selepas mengembalikan bola yang gagal disambut oleh Zverev.

    Zverev bangkit untuk mematahkan servis bagi meneruskan permainan untuk set kedua.

    Penentuan termasuk lima kali servis di mana Zverev mengambil yang terakhir untuk mendahului 6-5 sebelum memegang servis kepada 15 untuk memastikan kemenangan.

    Di peringkat suku akhir pemain Jerman itu akan menentang pilihan kelapan dari China, Zhang Zhizhen, yang menewaskan Flavio Cobolli, 6-1, 7-6 (7/5).

    Pemain pilihan kelima dari Perancis, Arthur Fils, turut mara setelah menewaskan pemain Serbia, Laslo Djere 7-6 (7/3), 6-2.

    Fils, yang mara ke separuh akhir di Hamburg setahun lalu, mara ke suku akhir peringkat jelajah keenamnya musim ini. – AFP

    Reaksi Zverev semasa perlawanan perseorangan lelaki di Jelajah ATP, Halle, Jerman pada 19 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda