Sunday, March 16, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zverev mara semi final terbuka Perancis

    PARIS, 1 JUN – Alexander Zverev akan bertembung dengan Rafael Nadal setelah menewaskan Carlos Alcaraz dalam perlawanan empat set untuk menempah tempat di perlawanan separuh akhir Terbuka Perancis, kelmarin.

    Pemain pilihan ketiga dari Jerman tersebut telah meraih mata 6-4, 6-4, 4-6, 7-6 (9/8) menewaskan pemain Sepanyol berusia 19 tahun tersebut dalam perlawanan yang berlangsung selama tiga jam dan 18 minit.

    Justeru itu, Zverev berjaya mara ke perlawanan empat terakhir keduanya di Roland Garros dengan kemenangan pertama dalam Grand Slam mengatasi pemain 10 teratas tenis.

    “Saya berharap akan memenangi kejohanan tersebut sebelum dia mula menewaskan kami semua dan kehilangan peluang itu,” kata Zverev.

    Naib juara Terbuka AS 2020 tersebut akan berdepan dengan Rafael Nadal, selepas Nadal menewaskan Djokovic baru-baru ini dalam perlawanan separuh akhir yang akan berlangsung pada Jumaat nanti.

    Aksi Alexander Zverev semasa membalas pukulan Carlos Alcaraz dalam perlawanan suku akhir perseorangan Roland Garros di padang tenis tersebut, kelmarin. – AFP

    Sementara itu, Alcaraz yang telah merangkul empat gelaran juara pada tahun ini, termasuk dua gelaran juara dalam kejohanan 1,000 Master, telah melakukan kesilapan tidak sengaja apabila dia terlepas peluang untuk mara ke separuh akhir dalam kejohanan pertamanya.

    Namun, Zverev telah mara ke kelompok empat terakhir di kejohanan Slam untuk kali kelima dalam kariernya bagi mengekalkan bidaannya dalam kejuaraan sulungnya di salah satu daripada empat kejohanan terbesar.

    Kemenangan itu juga memberikan peluang untuk membalas dendam atas kekalahan teruk yang dialaminya semasa menentang Alcaraz dalam perlawanan akhir Master di Madrid awal bulan lalu.

    Alcaraz memeriahkan suasana untuk penonton Court Philippe Chatrier dengan satu rali dan merampas set ketiga dalam perlawanan tersebut.

    Walau bagaimanapun, set keempat berkenaan menyaksikan Zverev melepaskan peluang untuk mendapat keputusan seri tetapi dia meraih kemenangan pada mata perlawanan keduanya dalam set pematah seri. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda