Zverev raih gelaran kelima ATP Vienna

VIENNA, 1 NOV – Alexander Zverev menewaskan pemain kelayakan dari Amerika Syarikat, Frances Tiafoe 7-5, 6-4 pada final kejohanan ATP Vienna untuk mengesahkan gelaran kelima tahun ini.

Pemain pilihan kedua dari Jerman itu kembali me-nemui rentak sejak tewas dalam kelompok 16 terakhir di Wimbledon pada Jun lalu dan hanya memerlukan satu jam 36 minit untuk mengesahkan kemenangan.

Dia meraih gelaran dalam lima final yang disertai tahun ini dengan kejuaraan terawal di Acapulco, Madrid, Sukan Olimpik dan Cincinnati.

“Dia tidak benarkan saya beraksi seperti cara permainan yang saya mahukan, dia sangat bagus secara taktikal,” menurut Zverev.

“Tetapi saya gembira dengan kemenangan ini dan saya gembira dengan kejuaraan kelima saya pada tahun ini malah saya bangga kerana ia kejuaraan pertama di Vienna, jadi ia adalah hari yang baik.”

Tiafoe, pemain nombor 49 dunia berusaha memburu kemenangan pertama jelajah sejak memenangi kejuaraan pertama di Delray Beach pada 2018. – AFP

Reaksi Alexender Zverev selepas menewaskan Frances Tiafoe dalam perlawanan akhir Terbuka Erste Bank ATP di Vienna, Austria pada 31 Oktober 2021. – AP