Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Zverev sertai Medvedev ke separuh akhir

    MELBOURNE, 25 JAN – Alexander Zverev menyekat kebangkitan semula Carlos Alcaraz awal hari ini untuk menetapkan pertemuan separuh akhir Terbuka Australia menentang Daniil Medvedev.

    Pemain Jerman itu bangkit untuk menang 6-1, 6-3, 6-7 (2/7), 6-4 dalam masa lebih tiga jam, sekali gus menghancurkan harapan Alcaraz untuk meraih gelaran Grand Slam ketiga.
    Zverev mematahkan servis pada peluang pertamanya di Rod Laver Arena, mendominasi pemain Sepanyol yang berkarisma itu, yang tidak dapat membalas kekuatan dan kehebatan lawannya.

    Pilihan keenam itu melakukan servis untuk kemenangan pada 5-3 pada set ketiga tetapi pemain Sepanyol itu berjaya mematahkan servis lawannya dan menghasilkan beberapa pukulan kencang semasa pematah seri apabila penonton menjadi riuh.

    Pasangan itu bertukar servis pada awal set keempat tetapi Zverev berjaya mencatat kejayaan cemerlang dalam permainan kesembilan untuk mara ke separuh akhir di Melbourne Park buat kali kedua.

    Bekas naib juara Terbuka Amerika Syarikat, Zverev, yang mara ke separuh akhir di Melbourne pada 2020, memperoleh 85 peratus daripada servis pertamanya dan memenangi 73 peratus mata di belakang pukulan pertamanya.

    “Saya bermain sebagai salah seorang pemain terbaik di dunia. Sejak dua tahun lalu dia sentiasa menjadi nombor satu atau nombor dua,” kata pemain berusia 26 tahun itu.

    “Dia telah memenangi dua Grand Slam, dan apabila awda menang 6-1, 6-3, 5-2, awda mula berfikir.”

    Alcaraz mengeluh terlepas peluang tetapi secara keseluruhannya dia gembira dengan persembahannya di Melbourne. – AFP

    Zverev mengembalikan bola kepada Alcaraz di Melbourne Park, Melbourne, Australia, pada 24 Januari. –AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...