Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zverev ubah fikiran selepas tersingkir di Acapulco

    BERLIN, 28 FEB – Alexander Zverev telah mengubah keputusannya untuk tidak bermain dalam Piala Davis dengan pemain nombor tiga dunia itu kini bersedia untuk beraksi bersama Jerman menentang Brazil untuk menebus dirinya selepas terlepas kelayakan di Acapulco.

    Juara Olimpik berusia 24 tahun itu telah disingkirkan daripada acara di Mexico minggu lalu selepas berulang kali menghempas raketnya dekat kerusi pengadil dan melemparkan kata-kata kesat.

    Dia didenda AS$40,000 oleh ATP dan pemain Jerman itu mengakui tingkah lakunya “tidak boleh diterima”.

    Dia kini telah memilih untuk bermain bersama Jerman menentang Brazil di Rio de Janeiro pada 4 dari 5 Mac ini.

    “Kami gembira Alexander akan terlibat,” kata kapten Piala Davis Jerman, Michael Kohlmann.

    Alexander Zverev mengubah keputusannya dan bersedia untuk beraksi bersama Jerman menentang Brazil di Piala Davis. – Agensi

    “Tingkah lakunya di Acapulco jelas tidak boleh diterima dan salah.

    “Alexander sendiri menyedari perkara itu dan memohon maaf. Kami kini mahu membantunya sebagai sebuah pasukan untuk mengharungi fasa sukar ini.”

    Zverev kali terakhir bermain untuk Jerman dalam Piala Davis pada 2019.

    Akhir tahun lalu, dia berkata dia tidak akan bermain dalam pertandingan tersebut dalam format semasa.

    Selepas dia berubah fikiran, Kohlmann mengetepikan Daniel Altmaier daripada skuad Jerman. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda