Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zynakal mangsa kemalangan punca pemandu cuai

    Zynakal terbabit dalam kemalangan gara-gara kecuaian pemandu lain. – Agensi

     

    PENYANYI Zynakal terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa menunggang motosikal bersama rakan-rakannya.

                   Insiden itu dikongsikan rakannya iaitu pelakon Raja Atiq di Instastory miliknya pada pagi tadi.

                   Menurut Atiq atau Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 24, kemalangan berpunca daripada sebuah kenderaan yang tidak menyalakan lampu isyarat untuk membelok di persimpangan.

                   “Punca elak kereta sebab tak bagi signal. Tolong lah rakyat Malaysia. Bagilah signal tak susah pun dan kami tak laju pun,”katanya.

                   Atiq bagaimanapun memberitahu Zynakal, 25, hanya mengalami kecederaan ringan dan telah mendapat rawatan di klinik berhampiran.

                   “Alhamdulillah, tak ada kecederaan yang serius. Kami ride okay saja tadi. Masa hampir sampai rumah baru jadi kemalangan. Tak apalah, yang penting okay,” kongsinya.

                   Sementara itu, usaha mStar untuk mengetahui keadaan Zynakal dengan lebih lanjut tidak berjaya apabila panggilan dibuat tidak berjawab.

                   Zyn bagaimanapun ada berkongsi foto memaparkan dia terbaring di pinggir jalan dengan lututnya yang cedera. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda