Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    1.5 juta kematian setahun akibat pencemaran kebakaran

    PARIS, 29 NOV – Pencemaran udara berpunca daripada kebakaran dikaitkan dengan lebih 1.5 juta kematian setahun di seluruh dunia, sebahagian besarnya berlaku di negara membangun, menurut satu kajian baharu kelmarin.

    Jumlah kematian itu dijangka meningkat kelak kerana perubahan iklim menyebabkan kebakaran hutan lebih kerap, menurut kajian dalam jurnal The Lancet.

    Pasukan penyelidik antarabangsa melihat data sedia ada berhubung ‘kebakaran landskap’ yang merangkumi kebakaran hutan semula jadi dan terancang seperti pembakaran terkawal di tanah pertanian.

    Penyelidik berkata, kira-kira 450,000 kematian setahun akibat penyakit jantung dikaitkan dengan pencemaran udara berkaitan kebakaran antara 2000 hingga 2019.

    Tambahan 220,000 kematian akibat penyakit pernafasan dikaitkan dengan asap dan zarah dalam udara ketika kebakaran.

    Gambar AFP

    Menurut kajian itu, daripada semua punca di seluruh dunia, 1.53 juta kematian tahunan dikaitkan dengan pencemaran udara akibat kebakaran landskap.

    Lebih 90 peratus kematian itu berlaku di negara berpendapatan rendah dan sederhana, dengan hampir 40 peratus di sub-Sahara Afrika saja.

    Negara yang mencatatkan jumlah kematian tertinggi ialah China, Congo, India, Indonesia dan Nigeria.

    Semakin banyak aktiviti pembakaran ladang secara haram di utara India sebahagiannya dipersalahkan atas asap berbahaya yang menyelubungi New Delhi baru-baru ini.

    Pengarang kajian Lancet menggesa ‘tindakan segera’ menangani jumlah kematian besar akibat kebakaran landskap. – AFP

     

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    New Delhi dilanda asap beracun

    NEW DELHI, 1 NOV – Ibu negara India, New...

    Virus hepatitis bunuh lebih 3,500 orang sehari

    GENEVA, 9 APRIL – Lebih 3,500 orang mati akibat...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...