Friday, October 18, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    1.5 tan dadah berjaya dirampas

    YANGON, 25 FEB – Pihak berkuasa tentera laut Myanmar telah merampas 1.5 tan methamphetamine untuk di hantar ke Malaysia, kata Jawatankuasa Pusat Kawalan Penyalahgunaan Dadah (CCDAC) negara itu Jumaat lalu.

    Dadah itu dirampas di perbandaran Pathein di wilayah Ayeyarwady pada 12 Februari lepas, berikutan penyiasatan dan beberapa penahanan selepas pemeriksaan pihak berkuasa tentera laut ke atas bot yang mencurigakan di perairan wilayah Myanmar berhampiran bandar Hainggyikyun di wilayah Ayeyarwady pada 22 Januari lalu, kata CCDAC.

    Berhubung dengan kes itu, pihak berkuasa Myanmar juga telah merampas senjata api, peluru dan bahan terkawal di wilayah Mandalay dan Taninthayi antara 14 dan 16 Februari, katanya.

    Senjata api yang dirampas terdiri daripada dua pistol dan 91 peluru, manakala bahan kimia terkawal yang dirampas termasuk 16,400 liter metilamin, 1,200 liter asid sulfurik, 560 liter asid hidroklorik dan 12,400 liter benzil sianida, katanya.

    Dadah dan bahan terkawal yang dirampas dianggarkan bernilai lebih 45.28 bilion kyat (lebih AS$21 juta), kata CCDAC.

    Dadah tersebut yang berasal dari negeri Shan dan disimpan di Mandalay, dan akan dihantar ke perairan Malaysia melalui Pathein.

    Seramai 19 suspek telah ditahan bagi kes itu dan didakwa mengikut Undang-undang Dadah Narkotik dan Bahan Psikotropika negara Asia Tenggara itu, katanya.

    Siasatan lanjut sedang dijalankan, tambahnya. – Xinhua

    Gambar Web Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda