Oleh Sim Y.H. BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MAC – Peruntukan Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi Tahun Kewangan 2023/2024 berjumlah keseluruhannya $1,014,060,440 telah diluluskan sebulat suara pada hari kelima permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang berlangsung di Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, hari ini. Menerangkan mengenai peruntukan itu, Menteri di Jabatan

