Monday, March 17, 2025
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    1 maut, 6 cedera letupan di Songkhla

    SONGKHLA, 2 OKT – Seorang anggota tentera maut dan enam lagi cedera dalam insiden letupan bom di daerah Thepa, Songkhla. Timbalan jurucakap operasi keselamatan Kolonel Watcharakorn On-ngeun berkata kejadian berlaku kira-kira 11:30 pagi (waktu tempatan) semalam ketika sepasukan anggota tentera dari Divisyen ke-15 Infantri dalam perjalanan dari Krabi ke Narathiwat. Setiba di tempat kejadian, sebutir bom buatan sendiri diletupkan, menyebabkan tujuh anggota konvoi cedera.

    “Mereka dikejarkan ke hospital. Namun seorang daripada mangsa yang cedera parah meninggal dunia di hospital,” katanya pada satu sidang media. Siasatan awal mendapati bom buatan sendiri seberat 10 kilogram itu dipasang di tepi jalan dan diaktifkan ketika kumpulan konvoi itu tiba di lokasi kejadian. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda