JAKARTA, 5 JUN – Kira-kira seorang terbunuh dan beberapa individu hilang dalam kejadian tanah runtuh di daerah Lumajang, wilayah Jawa Timur, Indonesia kelmarin.
Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), tanah runtuh melanda Kampung Supit di mukim Pronojiwo pada 11:15 pagi dengan tiga mangsa dikhuatiri terperangkap.
Jurucakapnya, Abdul Muhari dalam satu kenyataan memaklumkan mayat mangsa ditemukan pada 3:30 petang manakala usaha mengesan individu yang hilang diteruskan hari ini.
“Operasi mencari tertumpu di kawasan tanah runtuh perlombongan pasir,” katanya, sambil menambah dua lori juga tertimbus. Ramalan cuaca daripada Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) menunjukkan keadaan cuaca mendung di kawasan itu sehingga Khamis- Bernama
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2024/06/P11-Ringkasan-2-web-Canva_06062024.jpg)