Wednesday, February 19, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 dipilih dalam cabutan kedua Pepsi Bonanza

    Oleh Pg Fairol RMF

    Gambar Oleh Muiz Matdani

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Nov – Daripada lebih 110 penyertaan Pepsi Bonanza 2017 yang disenaraipendek dalam cabutan awal pertama, sebanyak 10 penyertaan telah dipilih pada satu lagi cabutan awal, hari ini, untuk menyertai cabutan bulanan kedua.

    Cabutan awal kedua yang diadakan di Ibu Pejabat Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd, Beribi, telah dibuat oleh wakil-wakil media tempatan yang dijemput.

    Penyertaan yang terpilih berkenaan akan menyertai cabutan bulanan kedua yang bakal diadakan pada 10 November ini di Sim Kim Huat Airport Mall.

    Manakala itu, 100 peserta lain layak untuk menyertai cabutan akhir Pepsi Bonanza 2017 yang akan diadakan pada 10 Disember depan.

    Promosi Pepsi Bonanza akhir tahun itu telah diadakan sejak Ogos 2017 dan akan berakhir Disember ini.

    Wakil media diberi kesempatan untuk membuat cabutan Pepsi Bonanza di Ibu Pejabat Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd.

    Untuk menyertainya, para pembeli hanya perlu membeli minuman botol 1.5L Pepsi Twist, 7-UP, Revive, Mirinda Orange, Mirinda Strawberry, Mirinda Green Apple dan Mirinda Green Fruit dan kemudian isi borang cabutan untuk dimasukkan ke dalam kotak yang disediakan di kedai-kedai tertentu.

    Selain itu, para peserta juga boleh menyertai Pepsi Bonanza 2017 melalui restoran-restoran yang ikut serta iaitu Secret Recipe, Marry Brown, Pelicana, KFC, Ayamku dan The Chicken Rice mengikut terma dan syarat.

    Hadiah utama berupa akaun simpanan sebanyak $8888.88 diikuti dengan hadiah wang tunai dan hamper Pepsi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda