Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    10 syarikat tempatan diarah bayar denda

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Sebanyak 10 buah syarikat tempatan  Pada bulan Oktober 2023 hingga Disember 2023 telah diarahkan untuk membayar denda di Mahkamah Majistret kerana gagal mematuhi Seksyen  52(1) dari Akta Cukai Pendapatan (Penggal 35) iaitu gagal untuk menghadapkan Penyata Cukai  Pendapatan bagi tiap-tiap Tahun Kewangan.

    Syarikat-syarikat berkenaan, Elmar General Contractor Sdn Bhd dikenakan denda sebanyak $5,000 kerana gagal untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan bagi Tahun-Tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2016, 2017, 2018, 2019 dan 2020.

    Manakala, Waqi Sdn Bhd, Procera Tiles (B) Sdn Bhd dan Vstana Jewellery & Fashion Sdn Bhd juga dikenakan denda sebanyak $5,000 kerana gagal untuk menghadapkan Penyata Cukai  Pendapatan bagi Tahun-Tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2015, 2016, 2017, 2018 dan 2019.

    Sementara Infosys (B) Sdn Bhd juga dikenakan denda sebanyak $4,000 kerana gagal untuk  menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan bagi Tahun-Tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2016, 2017, 2018 dan 2019.

    Altco Jaya Sdn Bhd gagal untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan bagi Tahun-Tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2018 dan 2019 dan Sabli Beverages Industries Sdn Bhd gagal untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan bagi Tahun-Tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2017, 2018 dan 2019, masing-masing telah dikenakan denda sebanyak $3,000.

    Manakala MC Brumby Beverage Sdn Bhd dikenakan denda sebanyak $2,500 kerana gagal untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan bagi Tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2019 dan  Sunshine School Sdn Bhd dikenakan denda sebanyak $2,000 kerana gagal untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan bagi Tahun-Tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2018 dan 2019.

    Haji Uthman Complex Management Sdn Bhd dikenakan denda sebanyak $1,000 kerana gagal untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan bagi Tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2019.

    Sejumlah 26 buah syarikat tempatan telahpun didenda di Mahkamah Majistret pada tahun 2023 masing-masing kerana gagal mematuhi Seksyen 52(1) Akta Cukai Pendapatan (Penggal 35) iaitu gagal untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan bagi Tahun KewanganTahun Kewangan berkenaan.

    Bahagian Hasil, Kementerian Kewangan dan Ekonomi ingin memberi peringatan bahawa syarikat-syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat, Penggal 39 adalah dikehendaki untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan masing-masing selewat-lewatnya pada 30 Jun bagi Tahun Taksiran yang berkenaan seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 52(1) dari Akta Cukai Pendapatan (Penggal 35).

    Jika sabit bersalah kerana gagal menghadapkannya, di samping dikehendaki untuk membayar denda yang dikenakan oleh Mahkamah, syarikat terbabit juga dikehendaki untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan yang tertunggak dan membayar cukai Pendapatan yang tertunggak serta penalti yang dikenakan iaitu maksimum 17 peratus daripada jumlah cukai yang tertunggak, jika ada.

    – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...