Oleh Syahmi Hassan –
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Seramai 100 orang anak-anak anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang mencapai keputusan akademik yang cemerlang bagi 2022, telah menerima anugerah kecemerlangan dan penghargaan berupa sijil, wang tunai dan hadiah pada majlis peng-anugerahan di Auditorium, Akademi Pertahanan ABDB (AP ABDB), hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan.
Turut hadir ialah pemerintah-pemerintah angkatan tentera dan pemerintah angkatan bersama ABDB, pengarah-pengarah tentera, pegawai-pegawai kanan, ibu bapa serta penjaga penerima anugerah.
Para penerima anugerah terdiri daripada pelajar yang menduduki peperiksaan GCE A Level, GCE O Level, Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB), Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama (SSSRU) dan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) pada 2022.
Tujuan majlis itu adalah untuk memberi penghargaan kepada anak-anak pegawai dan anggota ABDB yang telah memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang.
la juga memberi dorongan kepada anak-anak di bawah bimbingan ibu bapa dan penjaga mereka, untuk bersaing dan mencapai prestasi cemerlang dalam peperiksaan.