Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    107.5kg sayap, tongkeng ayam dirampas

    Oleh YUSRIN JUNAIDI

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Sebanyak 107.5 kilogram (kg) sayap ayam dan tongkeng ayam berjaya dirampas dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan pada 6 Jun kira-kira jam 9:45 malam di sebuah kedai runcit di Kampung Sungai Buloh.
    Operasi dijalankan oleh pegawai-pegawai penguatkuasaan Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH), Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED).

    Kes tersebut telah diserahkan kepada pihak JKED untuk siasatan dan tindakan undang-undang mengenainya.

    Dalam hubungan ini, KHEU ingin mengingatkan kepada pemilik, pengurus, peniaga, pembekal dan pengimport produk di negara ini supaya sentiasa berwaspada dan lebih peka terhadap produk-produk import yang akan dijual di pasar raya atau kedai masing-masing dengan memastikan daging mentah yang akan dibawa masuk ke Negara Brunei Darussalam mestilah mempunyai permit import halal daripada Majlis Ugama Islam.

    Perkara ini adalah mustahak dan perlu dipatuhi agar daging yang dibawa masuk dan dijual di negara ini khususnya kepada orang Islam terjamin kehalalannya demi menjaga maslahat masyarakat Islam.

    KHEU juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas maklumat berhubung perkara tersebut dan bagi orang ramai yang ingin membuat pengaduan serta perkongsian maklumat mengenai sebarang pelanggaran undang-undang melibatkan daging halal bolehlah dibuat terus ke Jabatan Hal Ehwal Syariah melalui BKMH dengan menghubungi talian hotline 7166222 atau mana-mana pejabat BKMH di setiap daerah.

    Bagi menjaga kemaslahatan masyarakat Islam di negara ini, pegawai-pegawai Penguatkuasaan BKMH, Jabatan Hal Ehwal Syariah bersama-sama agensi penguatkuasaan lain akan sentiasa menjalankan operasi dan pemantauan dari semasa ke semasa untuk memastikan tiada pelanggaran dibuat terhadap peruntukan undang-undang, kehendak-kehendak dan syarat-syarat pensijilan Halal.

    Antara sayap dan tongkeng ayam yang dirampas semasa operasi yang dijalankan di sebuah kedai runcit di Kampung Sungai Buloh, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN KHEU
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...