WASHINGTON, 2 DIS – Sekurang-kurangnya 11 orang cedera dalam insiden tembakan rambang di bandar pelancongan terkenal French Quarter, New Orleans, hari ini, kata polis.
Kejadian berlaku pada pukul 3:21 pagi waktu tempatan di laluan komersial yang padat dengan orang ramai berhampiran banyak hotel di daerah bersejarah yang menarik pelancong dari seluruh dunia.
Polis berkata tiada laporan kematian dan mereka bertindak pantas semasa kejadian berlaku selain ramai peronda yang kebetulan bertugas semasa perlawanan bola sepak universiti yang sedang berlangsung di bandar itu.
Tidak ada tangkapan yang dilakukan dan motif di sebalik insiden tembakan masih tidak jelas, namun polis berkata mereka telah menyoal seorang individu berdekatan tempat jenayah dan sedang meneruskan siasatan.
“Kami sangkakan pegawai polis melepaskan tembakan kerana mereka berada di setiap blok,” kata Supritendan Shaun Ferguson memberitahu wartawan.
Sementara itu, Jabatan Polis New Orleans menerusi ciapan di Twitter berkata, pihaknya tidak dapat mengenal pasti siapa yang melepaskan tembakan itu.
“Malangnya, ramai orang berada di sana dan kami tidak dapat memastikan siapa sebenarnya yang melepaskan tembakan pada masa itu. – AFP