Tuesday, April 22, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    11 mati lemas, puluhan lagi hilang

    KANANGA, DR CONGO, 6 OGOS – Kira-kira 11 orang mati lemas manakala puluhan lagi hilang selepas sebuah baj karam di sebatang sungai tengah Republik Demokratik Congo, kata pihak berkuasa hari ini.

    Seramai 16 lagi terselamat dalam nahas kapal terlebih muatan itu dengan berenang ke tempat selamat di sungai Lukenye, kata jurnalis yang bekerja bagi sebuah komuniti radio tempatan memberitahu AFP.

    Bencana itu – yang terbaharu dalam siri kemalangan maut di perairan Congo – berlaku seminggu lalu di rantau berhutan tebal dan terpencil wilayah Kasai di mana sungai-sungai menjadi pengangkutan utama akibat kekurangan infrastruktur jalan raya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda