Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    11 pelajar terima Anugerah Dermasiswa Kelab Rotary BSB

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MEI – Kelab Rotary Bandar Seri Begawan (BSB) hari ini telah menganugerahkan sejumlah $21,464 kepada seramai 11 orang pelajar semasa acara Anugerah Dermasiswa Kelab Rotary BSB 2023 bagi menyokong dermasiswa pengajian mereka yang berlangsung di Unit 7, Tingkat 1, Bangunan Fuzhou Shiyyi, di Jalan Pasir Berakas.

    Kelab tersebut sentiasa menyokong pemilihan pelajar dermasiswa dari setiap sekolah untuk menamatkan pengajian mereka dan mereka gembira melihat pelajar tersebut meneruskan perjalanan pendidikan mereka.

    Presiden Kelab Rotary BSB, Betty Wong, mengongsikan bahawa mereka adalah kelab perkhidmatan yang berdedikasi untuk melayani keperluan masyarakat. Setiap tahun, kelab tersebut menawarkan anugerah dermasiswa kepada pelajar yang memerlukan untuk membantu mereka mencapai matlamat akademik mereka.

    Acara kemudiannya diteruskan dengan penyampaian anugerah Guru Terbaik oleh Betty Wong kepada tiga orang guru iaitu Chua Lian Moi dari Sekolah St Andrew, Chak Wang Hoong @Aywen dari Sekolah St George dan Veronica Chan Pei Ling dari Sekolah Menengah Chung Hwa, masing-masing membawa pulang sijil dan wang tunai $250.

    Acara diikuti dengan penyampaian anugerah Pelajar Terbaik kepada Fiona Chai Jia Xuan dari Sekolah St Andrew, Kajanefer Jamal Mohamed dari Sekolah St George, dan Chuang Pei Rong @Annika Chuang dari Sekolah Menengah Chung Hwa, masing-masing membawa pulang sijil dan wang tunai $200 yang disampaikan oleh Penolong Gabenor (AG), Clement Yong.

    Kemudian, acara diikuti dengan penyampaian Anugerah Dermasiswa kepada 11 orang pelajar dari pelbagai sekolah. Anugerah tersebut disampaikan oleh Betty Wong dan Clement Yong.

    Betty Wong dan Clement bergambar ramai bersama 11 pelajar yang menerima anugerah pada acara tersebut di Bangunan Fuzhou Shiyyi, di Jalan Pasir Berakas.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda