Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    110,000 ayam akan dihapuskan akibat selesema burung

    TOKYO, 1 DIS – Kira-kira 110,000 ekor ayam di wilayah Tottori Jepun akan disembelih bagi membendung wabak selesema burung, lapor Sputnik memetik laporan penyiar Jepun, NHK hari ini.

    Langkah itu diambil selepas 40 ekor ayam ditemui mati di sebuah ladang tempatan di bandar Tottori pada Rabu, menurut laporan itu. Analisis genetik mengesahkan kehadiran strain patogenik selesema burung pada bangkai berkenaan. Pengedaran ayam dan telur dalam radius tiga kilometer dari lokasi jangkitan turut dihentikan.

    Selain itu, eksport ayam dan telur di luar 10 kilometer juga dilarang, lapor media itu. Jepun merekodkan kes selesema burung di wilayah Okayama, Kagawa, Miyagi, dan Aomori, serta di pulau Hokkaido pada musim gugur. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...