Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    12 terbunuh dipancar kilat di India

    NEW DELHI, 17 MEI – Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera, kelmarin akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India, kata pegawai.

    Angka korban dalam serangan kilat itu dilaporkan di daerah Malda, kira-kira 327 kilometer di utara Kolkata, ibu kota Bengal Barat, lapor Xinhua.

    Pegawai berkata kesemua mangsa berada di luar rumah mereka yang bekerja di kebun dan ladang ketika petir menyambar mereka.

    Setiap tahun dengan bermulanya musim tengkujuh, ratusan penduduk mati dalam kejadian kilat di India. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...