Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    1,294 lagi kanak-kanak terima dos kedua

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MEI – Sebanyak 2,810 dos vaksin COVID telah diberikan kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, kelmarin, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin dos pertama kepada 29,210 dos iaitu 68.1 peratus.

    “Manakala, sebanyak 1,294 dos kedua vaksin COVID-19 telah diberikan kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun yang membawa kepada jumlah dos kedua yang diberikan kepada kanak-kanak di dalam kumpulan umur ini kepada 7,290 dos iaitu 17 peratus,” kongsi Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar.

    Pada sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini, Yang Berhormat Dato mengalu-alukan ibu bapa dan penjaga kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun dan yang telah mendapatkan dos pertama serta sudah cukup masa untuk mendapatkan dos kedua, untuk membawa anak-anak mereka mendapatkan dos kedua bagi melengkapkan vaksinasi COVID.

    “Pemberian vaksin CO-VID kepada kanak-kanak berkenaan telah terbukti dapat memberikan perlindungan daripada kesan-kesan buruk COVID termasuk multisystem inflammatory syndrome in children (MIS-C) yang boleh menyebabkan komplikasi kepada pemulihan daripada COVID bagi kanak-kanak,” jelas Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

    Beliau kemudiannya mengongsikan bahawa liputan bagi rakyat dan penduduk negara ini yang telah mendapatkan tiga dos vaksin adalah pada kadar 67.6 peratus.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...