Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    130 katak berbisa dirampas di lapangan terbang Bogota

    BOGOTA, 30 JAN – Pihak berkuasa di Colombia telah merampas 130 katak beracun yang diperdagangkan melalui lapangan terbang Bogota kelmarin dan menangkap wanita Brazil yang membawa haiwan tersebut.

    Wanita itu sedang mengangkut katak beracun harlequin berwarna-warni (oophaga histrionica) di dalam bekas filem semasa dalam perjalanan ke Sao Paulo dengan singgah di Panama.

    Dia “mendakwa bahawa komuniti tempatan telah memberikannya sebagai hadiah,” kata Setiausaha Alam Sekitar Bogota, Adriana Soto dalam video yang dikongsi dengan media.

    Katak Harlequin berbisa, berukuran kurang daripada lima sentimeter dan hidup di hutan lembap di sepanjang pantai Pasifik antara Ecuador dan Colombia, serta di negara lain di Amerika Tengah dan Selatan.

    “Spesies yang terancam ini menjadi buruan di pasaran antarabangsa,” kata Komander Polis Bogota, Juan Carlos Arevalo, sambil menambah bahawa pengumpul persendirian mungkin membayar sehingga $1,000 untuk setiap satu.

    Polis melaporkan bahawa wanita yang membawa katak itu ditangkap “atas jenayah pelanggaran hidupan liar” sebelum diserahkan kepada pejabat pendakwa raya.

    Pemerdagangan haiwan adalah perkara biasa di Colombia – salah satu negara kepelbagaian biologi yang paling banyak di dunia – terutamanya amfibia, mamalia kecil dan bahagian haiwan marin, seperti jerung. – AFP

    Seorang anggota polis negara menunjukkan seekor daripada katak yang dirampas di lapangan terbang antarabangsa El Dorado di Bogota pada 28 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...