Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Penutupan sementara separuh jalan di Jalan Masjid Omar ‘Ali Saifuddien

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jalan Masjid Omar ‘Ali Saifuddien bermula 30 Januari hingga 2 Februari dari pukul 8 malam hingga pukul 5 pagi.

    JKR menyatakan bahawa penutupan sementara separuh jalan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja penurapan aspal di jalan berkenaan untuk dilaksanakan.

    Dalam hubungan itu, Jabatan Kerja Raya menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk menggunakan jalan alternatif, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta sentiasa mematuhi had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan itu.

    Peta menunjukkan lokasi penutupan sementara separuh jalan di Jalan Masjid Omar ‘Ali Saifuddien. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...