Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    130 sertai kempen menderma darah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 APRIL – Seramai 130 orang peserta menyertai kempen menderma darah yang dianjurkan bersama oleh Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Borneo Kopitiam dan Trillion Company yang berlangsung di Bilik Fungsi, Borneo Kopitiam Restaurant and Catering, Gadong pada 2 April lalu.

    Kempen menderma darah itu merupakan sebahagian daripada inisiatif pendekatan komuniti syarikat berkenaan untuk menggalakkan penyertaan daripada orang ramai dan juga kakitangan dari Borneo Kopitiam, Trillion Company dan Sim Kim Huat Trading Co bagi menjana kesedaran mengenai pentingnya untuk menderma darah.

    Pengurus Utama dari Cawangan Gadong Borneo Kopitiam, Pengiran Danny bin Pengiran Tajuddin berkata bahawa penyertaan mereka dalam kempen menderma darah bersama Pusat Pendermaan Darah Hospital RIPAS merangkumi komitmen serta menunjukkan bagaimana mereka menabur bakti kembali kepada komuniti.

    Beliau menyatakan penghargaan kepada sokongan yang ditunjukkan oleh kakitangan, pelanggan dan rakan-rakan yang meluangkan masa secara sukarela untuk menyumbang kepada kegiatan amal yang boleh membantu menyelamatkan nyawa itu.

    Antara yang menderma darah semasa kempen yang diadakan di Bilik Fungsi, Borneo Kopitiam Restaurant and Catering, Gadong pada 2 April lalu.
    Salah seorang peserta yang menyertai kempen menderma darah anjuran bersama Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS, Borneo Kopitiam dan Trillion Company yang diadakan di Kopitiam Restaurant and Catering, Gadong, baru-baru ini. – Gambar serahan Kopitiam Restaurant and Catering.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda