Saturday, February 1, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    14 ahli Parlimen India digantung

    NEW DELHI, 15 DIS – Parlimen India menggantung 14 orang ahli Parlimen kelmarin kerana didapati ‘gagal mengawal kelakuan’ semasa dewan sedang bersidang.

    Kesemua ahli Parlimen itu daripada parti pembangkang. Seramai 13 orang daripadanya ahli Dewan Rakyat (Lok Sabha) manakala seorang lagi ahli Dewan Negara (Rajya Sabha).

    Mereka melakukan protes di Parlimen susulan insiden dua orang pemuda menceroboh Lok Sabha.

    Kedua-dua pemuda itu kemudiannya ditahan oleh anggota keselamatan.

    Seorang lagi lelaki dan seorang wanita yang turut melakukan bantahan di luar Parlimen turut ditahan.

    Keempat-empat mereka kini dalam tahanan polis selama tujuh hari. – Bernama

    Seorang askar separa tentera berdiri mengawal Parlimen India di New Delhi, India, pada 13 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda