Monday, March 27, 2023
21.7 C
Brunei

-

14 keluarga mualaf terima bantuan

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MAC – Sebanyak 14 buah keluarga mualaf di Kampung Batang Mitus, Daerah Tutong, hari ini menerima bantuan berupa makanan asasi melalui Projek Fathul Barakah 4.0 anjuran Pusat Dakwah Islamiah (PDI) dengan kerjasama Persatuan Mualaf Seluruh Negara.

Penyerahan sumbangan dilaksanakan dengan mengunjungi rumah-rumah para penerima, di mana hadir selaku ketua rombongan dan menyempurnakan penyerahan sumbangan ialah Pemangku Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong, Awang Hamdani bin Haji Othman.

Turut hadir ialah Pemangku Ketua Kampung Batang Mitus, Awang Suhaili bin Alas dan Setiausaha Persatuan Saudara-saudara Baharu Daerah Tutong (PESATU), Hajah Rohaidah Anizah binti Muhd Kamsani.

Penyerahan sumbangan dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Mualaf (Kebajikan Mualaf) dengan kerjasama Unit Dakwah Daerah Tutong dan PESATU.

Projek Fathul Barakah 4.0 adalah usaha dan inisiatif PDI dengan kerjasama Persatuan Mualaf Seluruh Negara untuk memberi peluang kepada orang ramai dalam sama-sama memberikan infak jariah berupa keperluan asasi bagi disumbangkan kepada asnaf mualaf yang memerlukan sebelum tibanya bulan Ramadan 1444 Hijrah agar para mualaf dapat melaksanakan ibadah puasa dengan selesa dan sempurna.

Awang Hamdani semasa menyampaikan sumbangan.
Projek Fathul Barakah 4.0 dimulakan dengan bacaan doa.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -