Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    14 maut, bas terhumban ke gaung

    LA PAZ, 6 OGOS – Kira-kira 14 orang maut manakala 21 lagi cedera apabila sebuah bas penumpang terhumban ke gaung sedalam 200 meter sekitar tengah malam semalam di Bolivia, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan hari ini.

    Nahas itu berlaku berhampiran pekan Charazani, 251 kilometer ke utara La Paz, menurut maklumat awal, kata Osvaldo Fuentes, pengarah transit awam El Alto, yang merupakan bandar kedua terbesar di Bolivia.

    “Antara yang terkorban ialah 11 wanita dan tiga lelaki,” kata Fuentes kepada media tempatan. Bas malang itu sedang menuju ke pekan Apolo dari La Paz serta membawa sepasukan doktor dan jururawat sukarela bagi menjalankan satu kempen penjagaan kesihatan kepada masyarakat setempat. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda