Sunday, March 23, 2025
22.7 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

14 pelajar lulus Kursus ‘Caregivers’

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OGOS – Seramai 14 orang pelajar yang menyertai Kursus ‘Caregivers’ tahun lalu telah berjaya menamatkan latihan dan bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Menurut Eksekutif Pusat Pakar Pantai Jerudong (PJSC), Dr Haji Mazrul Adimin bin Haji Awang Besar, kesemua 14 pelajar yang membentuk kohort pertama di Brunei itu akan diserap oleh PJSC untuk membantu dalam menyediakan khidmat penjagaan paliatif kepada pesakit kanser.

Kursus ‘Caregivers’ yang bermula pada April tahun lalu itu berakhir selepas para pelajar berkenaan berjaya melengkapkan latihan selama 15 bulan dan kesemua mereka telah lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) PJSC.

PJSC telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan IBTE untuk menyediakan pakar mahir yang diperlukan dalam menyediakan khidmat penjagaan kanser bermutu tinggi kepada pesakit kanser di negara ini.

Dr Haji Mazrul Adimin (tengah) bergambar ramai bersama kohort pertama 14 pelajar baharu ‘Caregivers’.

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda