Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JAN – Seramai 141 orang penumpang termasuk dua orang anak damit warga India pulang ke tanah air dengan menaiki penerbangan khas yang dikendalikan oleh Penerbangan Diraja Brunei (RB) ke Coimbatore, Tamil Nadu, India, hari ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi India di Negara Brunei Darussalam, di sini, hari ini, penerbangan khas berkenaan merupakan penerbangan ke-17 dari Negara Brunei Darussalam ke Coimbatore, India.
Kenyataan menyatakan lagi bahawa pegawai-pegawai daripada Suruhanjaya Tinggi India turut berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk membantu memudahkan proses perjalanan.
Sejak Julai 2020, seramai 2,371 orang penumpang telah dihantar pulang oleh Suruhanjaya Tinggi India di Negara Brunei Darussalam menerusi penerbangan khas.
