Friday, January 17, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    142 kes baharu COVID-19 dan dua kematian

    PUTRAJAYA, 1 APRIL – Sebanyak 142 lagi kes positif COVID-19 dicatatkan sehingga 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan ialah 2,908, manakala dua lagi kes kematian dilaporkan.

    Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kematian akibat COVID-19 setakat ini ialah 45 kes, iaitu 1.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

    Katanya seramai 102 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 66 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

    Katanya kes kematian ke-44 (kes ke-193) merupakan wanita warganegara Malaysia berumur 80 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

    “Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke-115). Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 13 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac (semalam) pukul 4:30 pagi,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

    Dr Noor Hisham berkata kes kematian ke-45 (kes ke-1,053) pula merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. – Bernama

    Carta keseluruhan semasa kes COVID-19 dalam negara dipamerkan kepada pengamal media semasa sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda