Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    145 sertai latihan kebakaran

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Seramai 145 orang warga Sekolah Ugama Mata-Mata Gadong telah mengikuti taklimat keselamatan kebakaran dan pengosongan bangunan yang dikendalikan oleh Unit Perhubungan Awam, Cawangan Operasi A, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) di sekolah tersebut, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JBP, di sini, taklimat bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kebakaran kepada warga sekolah di samping memupuk rasa bertanggungjawab dan mengambil berat tentang aspek-aspek keselamatan kebakaran.

    Di kesempatan itu, JBP turut menyarankan latihan pengosongan bangunan sedemikian seharusnya dilaksanakan oleh orang ramai di negara ini sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi memastikan keberkesanan prosedur yang efektif dan bersistematik.

    Dalam pada itu, JBP juga menyediakan program-program keselamatan seperti Taklimat Keselamatan Kebakaran, Kursus Life Saver 995 dan Kursus Marsyal Bomba bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan kebakaran dan cara menangani kecemasan.

    Jika berlaku sebarang kecemasan, hubungi talian kecemasan 995 dan berikan maklumat yang tepat.

    Warga Sekolah Ugama Mata-Mata Gadong semasa mengikuti taklimat keselamatan kebakaran dan pengosongan bangunan yang dikendalikan oleh JBP di sekolah tersebut, baru-baru ini.
    Warga Sekolah Ugama Mata-Mata Gadong telah mengikuti taklimat keselamatan kebakaran dan pengosongan bangunan yang dikendalikan oleh Unit Perhubungan Awam, Cawangan Operasi A, JBP di sekolah tersebut, baru-baru ini.
    Warga Sekolah Ugama Mata-Mata Gadong telah mengikuti taklimat keselamatan kebakaran dan pengosongan bangunan yang dikendalikan oleh Unit Perhubungan Awam, Cawangan Operasi A, JBP di sekolah tersebut, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...