Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Arab Saudi hantar wanita pertama ke ISS

    RIYADH, 13 FEB – Arab Saudi kelmarin telah mengumumkan penghantaran angkasawan wanita pertama ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sekitar suku kedua pada tahun ini, lapor agensi berita Anadolu.

    Dalam satu kenyataan, Suruhanjaya Angkasa Saudi memaklumkan Rayyanah Barnawi dan Ali AlQarni akan menyertai krew misi angkasa lepas AX-2 yang bertujuan untuk ‘memperkasa keupayaan negara dalam penerbangan angkasa manusia dan memperoleh manfaat daripada peluang yang ditawarkan oleh industri angkasa lepas.’

    “Penerbangan ke angkasa lepas itu dijadual dilancarkan dari Amerika Syarikat (AS) ke ISS,” menurut kenyataan itu.

    Program Penerbangan Angkasa Manusia Arab Saudi turut melatih dua lagi angkasawan iaitu Mariam Fardous dan Ali AlGamdi – mengenai semua keperluan misi.

    Negara-negara Teluk baru-baru ini menunjukkan minat yang mendalam terhadap penerokaan angkasa lepas.

    Pada September tahun lepas, Suruhanjaya Angkasa Arab Saudi melancarkan program angkasawannya bagi melayakkan kader negara itu terbang ke angkasa dalam jangka pendek dan jangka panjang dan mengambil bahagian dalam eksperimen saintifik, penyelidikan antarabangsa dan misi berkaitan angkasa lepas. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...