HONG KONG, 6 OGOS – Polis Hong Kong hari ini menjelaskan 148 orang diberkas semasa pertempuran polis dengan pembantah sehari sebelumnya, jumlah penahanan terbesar semenjak bantahan pro-demokrasi besar-besaran bermula dua bulan lalu.
Semalam, Hong Kong dicengkam bantahan umum paling meluas dan pertempuran menyaksikan gas pemedih mata dilepaskan di berpuluh-puluh lokasi terhadap pembantah yang semakin ganas.
“Semasa operasi semalam, polis memberkas 148 orang terdiri daripada 95 orang lelaki dan 53 orang perempuan berusia 13-63 tahun,” superintenden John Tse memberitahu wartawan. – AFP