Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    15 belia sertai SBYLEP ke Singapura

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MEI – Seramai 15 pemimpin belia dari pelbagai latar belakang profesional telah berlepas ke Republik Singapura hari ini untuk menyertai Program Pertukaran Pemimpin Belia Singapura-Brunei (SBYLEP) ke-9 yang akan berlangsung selama lima hari.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) bagi mengucapkan selamat belayar ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dayang Zainab binti Haji Morshidi.

    Program SBYLEP dikendalikan bersama oleh National Youth Council (NYC) di bawah Kementerian Kebudayaan, Komuniti dan Belia, Republik Singapura dan KKBS, dan diselaraskan oleh Majlis Belia Brunei (MBB) selaku rakan strategik.

    Ia melibatkan penyertaan seramai 30 pemimpin belia berusia 22 hingga 35 tahun dari kedua-dua buah negara dengan pelbagai latar belakang profesional berkaitan hal ehwal belia dalam bidang pendidikan, kepimpinan, keusahawanan, pembangunan komuniti dan belia, sains dan kesihatan serta kesukarelawanan.

    Dengan tema Kesukarelawanan, program itu bertujuan untuk meneroka bagaimana belia boleh mengambil bahagian dalam aktiviti kesukarelawanan dengan cara yang lebih mampan, berkesan dan kolaboratif dengan pelbagai pihak berkepentingan serta memastikan ia berkesan dan inklusif dalam memacu kemajuan dalam kalangan masyarakat.

    Program berkenaan diadakan secara bergilir-gilir dan berdasarkan hubungan dua hala yang kukuh antara kedua-dua buah negara.

    Edisi SBYLEP ke-9 ini juga adalah merupakan kali pertama diadakan secara fizikal di Singapura sejak 2019 selepas pemulihan pandemik COVID-19.

    Dengan perlaksanaan program ini, ia dihasratkan agar dapat menggalakkan pemahaman dan perpaduan pemimpin Nextgen dari kedua-dua buah negara. Selain itu, ia juga diharapkan supaya dapat meningkatkan kefahaman terhadap dasar, sistem dan hubungan negara di samping menggalakkan perbincangan serta pertukaran pandangan atau saranan dalam kalangan delegasi kedua-dua buah negara.

    Gambar ramai peserta program bersama Dayang Zainab sebelum berlepas ke Singapura. – GAMBAR SERAHAN KKBS

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Banduan bolos tiga pencalonan antarabangsa Anugerah IIFA

    Rizky dikecam gara-gara gigi ‘berkarat’

    Isnin, 24 November 2025

    Berita Berkaitan

    20 pelajar sertai forum, bengkel sempena Hari Kanak-kanak Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV- Seramai 20...

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Pasukan Dodgeball Brunei sertai ADC

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Sesi kongsi hala tuju strategik KKBS

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV –...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...