Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    15 beriadah sambil berselawat

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Masjid Setia Ali

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 FEB – Seramai 15 orang ahli Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Masjid Setia Ali, Pekan Muara, hari ini menyertai acara Riadah Berjalan Kaki Sambil Berselawat sempena Sambutan Israk dan Mikraj yang diadakan di Pantai Tanjong Batu, Muara.

    Riadah Berjalan Kaki Sambil Berselawat sejauh 2.4 kilometer itu antara lain bertujuan untuk mengambil tabaruk dan keberkatan bulan Rejab khususnya 27 Rejab dengan memperbanyakkan berselawat dan beristighfar.

    Di samping beriadah untuk sentiasa membudayakan cara hidup sihat, para Muslimah juga dapat mengeratkan lagi silaturahim antara satu dengan yang lain.

    Antara yang hadir pada acara itu ialah Penyelia Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Masjid Setia Ali, Hajah Sinega binti Haji Swadi dan seterusnya memulakan acara dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah.

    Selain itu, acara juga diserikan dengan bacaan selawat sebanyak tiga kali diikuti dengan bacaan Doa Selamat oleh Hajah Suhani binti Orang Kaya Bandar Haji Mohd Dayang seterusnya riadah dimulakan dengan berselawat atau istighfar.

    Riadah berjalan kaki itu diharapkan akan dapat membudayakan cara hidup yang sihat dengan sentiasa mengamalkan berselawat atau istighfar sambil beriadah serta memperkukuhkan lagi silaturahim sesama Muslimah yang lain.

    Gambar ramai ahli yang menyertai acara riadah berkenaan.
    Doa Selamat dibacakan sebelum memulakan riadah di Pantai Tanjong Batu, Muara.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...