Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    15 keluarga terima sumbangan sempena lebaran

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MEI – Dengan matlamat untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan khususnya bagi meringankan bebanan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri, Persatuan Perusahaan China di Brunei telah melawat ke Daerah Temburong dan menyampaikan sumbangan kepada 15 buah keluarga Melayu yang memerlukan bantuan dari lapan buah kampung pada 30 April lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Perusahaan China di Brunei, di sini, berdasarkan susunan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) bersama sokongan penuh syarikat ahli persatuan itu telah membeli dan menyumbangkan barang-barang keperluan untuk beberapa buah keluarga yang memerlukan bantuan untuk kegunaan harian serta hadiah raya sempena bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

    Pengurus Besar DCON Sdn Bhd, Lv Qiu Ping, telah menyumbangkan kit ujian ART untuk kesemua keluarga terpilih.

    Kenyataan menyatakan, seramai 20 orang wakil ahli persatuan telah bertolak dari Bank of China cawangan Brunei ke Daerah Temburong untuk menyampaikan sumbangan berkenaan.

    Kumpulan berkenaan dibahagikan kepada lima pasukan untuk berkunjung ke rumah-rumah 15 buah keluarga yang memerlukan bantuan di Kampung Sibulu, Kampung Lagau, Kampung Belingus, Kampung Rataie, Kampung Puni, Kampung Selangan, Kampung Belais dan Kampung Ujung.

    Antara keluarga yang menerima sumbangan dari Persatuan Perusahaan China. – Gambar serahan Persatuan Perusahaan China di Brunei

    Sumbangan itu adalah untuk membantu mereka sekeluarga dalam meraikan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dengan ceria dan damai. Setiap pasukan mempunyai ahli yang mampu berkomunikasi dengan fasih dalam Bahasa Melayu untuk kecekapan komunikasi dengan lancar bersama penduduk kampung yang menerima sumbangan berkenaan.

    Sumbangan itu diharap dapat meringankan beban penerima sumbangan semasa Hari Raya dan pada masa yang sama, menyampaikan kepada masyarakat Temburong, imej persatuan yang giat menunaikan tanggungjawab sosial serta dedikasi untuk berkhidmat demi masyarakat.

    Presiden persatuan, dari Bank of China (Hong Kong), cawangan Brunei, Li Feng menyampaikan ucapan dalam Bahasa Melayu kepada Pemangku Ketua Kampung Sibulu, Haji Bahrun bin Haji Talib dan penduduk kampung yang menerima sumbangan bahawa beliau amat gembira kerana dapat menyumbangkan makanan dan keperluan harian bagi pihak persatuan.

    Menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dalam bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri adalah tanggungjawab sosial perusahaan China di Brunei.

    Perusahaan China di Brunei telah bekerja keras untuk menyumbang kembali kepada masyarakat Brunei. Pada masa hadapan, pihaknya akan terus bekerjasama dengan masyarakat setempat untuk menjalankan aktiviti kebajikan dan kebajikan awam. Beliau juga mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua penduduk kampung yang menerima sumbangan berkenaan.

    Sementara itu, Haji Bahrun mengucapkan terima kasih kepada persatuan tersebut kerana mengadakan sumbangan di Daerah Temburong, dan menjadi satu penghormatan bagi kampung berkenaan untuk mendapatkan sumbangan dengan penuh kasih sayang dan perhatian daripada pihak pengurusan perusahaan China terutamanya menghadiri penyampaian berkenaan.

    Penduduk kampung yang menerima sumbangan adalah keluarga yang terdesak dan amat memerlukan bantuan. Beliau berharap persatuan itu akan terus memberikan sokongan kepada mereka yang memerlukan bantuan pada masa yang akan datang.

    Kesemua penduduk kampung yang menerima sumbangan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada persatuan berkenaan kerana datang dari jauh untuk menghulurkan sumbangan menjelang perayaan Aidilfitri.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...