Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    15 syarikat diberi kebenaran kendali pakej haji, umrah

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MAC – Lapan buah syarikat yang berdaftar di Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan telah diberikan kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan pakej haji dan pakej umrah menggunakan visa umrah Arab Saudi bermula dari tahun 1443 Hijrah hingga 1445 Hijrah.

    Sementara itu, sebanyak 15 buah syarikat yang berdaftar di jabatan tersebut telah diberikan kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan pakej umrah menggunakan visa pelancong Arab Saudi bagi tahun 2023 Masihi, menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) menerusi Jabatan Urusan Haji.

    Sehubungan dengan itu, orang ramai yang berhasrat untuk menunaikan ibadat haji atau umrah bolehlah mengikuti dan berhubung terus dengan syarikat-syarikat yang dibenarkan tersebut.

    Syarikat-syarikat yang mengendalikan kedua-dua pakej tersebut adalah diingatkan untuk sentiasa mematuhi syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan sentiasa menjaga kemaslahatan serta kesejahteraan jemaah.

    Jabatan Urusan Haji tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas ke atas syarikat-syarikat yang melanggar syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

    Bagi maklumat lanjut mengenai perkhidmatan pakej haji dan umrah bolehlah layari laman web rasmi KHEU di kheu.gov.bn atau Facebook atau hubungi Jabatan Urusan Haji di talian 2384478 dan e-mel juh.kheu@mora.gov.bn.

    Syarikat kendali pakej haji & umrah guna visa umrah & pelancong Arab Saudi

    1. Syarikat Darussalam Holdings Sdn Bhd
    2. Syarikat Straits Central Agencies Sdn Bhd
    3. Syarikat Raudah Al-Amin Sdn Bhd
    4. Syarikat Continental Yachting Sdn Bhd
    5. Syarikat Dar El-Ehsan Travel & Tours Sdn Bhd
    6. Syarikat Al-Hijrah Travel & Tours Sdn Bhd
    7. Syarikat Titian Travel & Tours Sdn Bhd
    8. Syarikat At-Taqwa Travel Tours Sdn Bhd

    Syarikat kendali pakej umrah guna visa pelancong Arab Saudi

    9. Syarikat Az Back to Nature Travel & Tours Sdn Bhd
    10. Syarikt Al-Baraka Travel Services Sdn Bhd
    11. Syarikat Balurih Travel Sdn Bhd
    12. Syarikat El-Abqari Travel & Tours Sdn Bhd
    13. Syarikat Lamisa International Tours & Travels Sdn Bhd
    14. Syarikat Mustaqim Travel & Tours Sdn Bhd
    15. Syarikat Humaira Travel Centre (Borneo) Sdn Bhd

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...